11 Oktober 2014

#Throwback Di Pagi Raya, 10 Zulhijjah 1435H

Salam.

:)

Saya kongsikan beberapa aksi Naufal di Surau Ar-Raudah semasa kami sekeluarga menunaikan 
Solat Hari Raya Aidil Adha.

Kami berdua duduk di bahagian belakang tempat solat wanita. Hanya ayah Naufal yang berpeluang menunaikan solat berjemaah. Saya menunaikannya di rumah selepas itu.

Alhamdulillah, ramai yang datang untuk berjemaah bersama dan menghayati khutbah yang disampaikan. Ramai juga ibu-ibu yang turut menyertai bersama-sama anak-anak kecil, walaupun tidak dapat nak bersolat berjemaah, tapi cukup besar sebenarnya manfaat buat anak-anak yang sejak kecil dibiasakan untuk mengimarahkan rumah Allah.

Mendengar dan menghayati takbir dan khutbah.

Dan hakikatnya, mereka yang paling efisyen dalam meng'absorb' ilmu-ilmu tersebut.

Subhanallah.

Muka baru bangun tidur ;p
Bangun awal dari biasa.

Dah dalam 'mode' yang ceria..


"Kacak sik kamek"....hehe.


Gaya terbaikkk...
Selfie Naufal bersama ayah.

Dan gambar yang terakhir, selfie bersama ayah :)

Raya tahun ini, tak seperti kebiasaannya. Kami tidak pulang ke Kelantan.

Pertama kali beraya di rumah kami di Kota Puteri, Rawang.

Syukurlah, meriah juga sambutan raya korban di sini. Ramai juga jiran lain yang tidak pulang ke kampung.

Kami, penduduk Seksyen 5 diberikan kupon oleh pihak surau untuk mendapatkan daging korban. 

Syukur Alhamdulillah dapat juga menikmati daging korban yang segar dan "manis" rasanya.

Sebelah petang kami ke Seremban, rumah Kak Long berkumpul bersama adik-beradik Inchik Hubby. 

Semestinya agenda utama kami untuk makan! :p 

Berborak dan bercerita pelbagai benda.

Sedapnya...

Kek pilihan Inchik Hubby.

Syukur, pada-Mu Ya-Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan.

Amin.




24 September 2014

Jom selfie!

Apabila ibu dan Naufal ber'selfie'.... :)


hehe...
ber'selfie' untuk penyertaan dalam segmen Instagram Majalah Pa&Ma.

Harap-harap terpilih untuk paparan dalam Majalah Pa&Ma keluaran akan datang.










4 Mac 2014

Taaaadaaa.....It is me Naufal !



Assalamualaikum!
Sayalah Izz Naufal.
Nama manja Naufal :p
Nama glamor pulak Izz...:))
 
Ini saya kongsikan gambar selfie Izz Naufal.
Pandainyee Naufal ambil gamba selfie...

Mana tak nya..ni semua keje Tok Dad Naufal la..hehe.

Cuba perhatikan rambut Naufal..comel kan?
Ala..tapi gigi tak nampak pulak.

Apa tali biru kat leher Naufal tu ?

Tu la mainan kegemaran Naufal sekarang...

Islamic Apple Necklace.

Ni gambar penuh Apple Necklace tu...

Diberi nama Islamic Apple Necklace disebabkan ia merupakan suatu alat permainan berkonsepkan Islam,  mengandungi asas Al-Quran khususnya doa-doa harian, surah-surah pendek dan bacaan dalam solat.

Bentuknya pun cantik! Berbentuk menyerupai buah epal dalam warna oren/kuning/hijau yang sangat menarik.

Apple Necklace ni juga ringan, tu yang Naufal suka gantung kat leher. Bawa ke sana ke mari..hehe :)
Tali biru tu memang disertakan sekali.

Sebenarnya mainan ni untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, tetapi saya belikan awal untuk Naufal dengan niat untuk memupuk minat Naufal dari kecil, mengamalkan  cara hidup Islam dalam kehidupan seharian. Tapi, kita sebagai ibu bertanggungjawab la ye untuk mengawasi anak-anak semasa bermain..untuk apa-apa mainan pun, bukan IAN ni je la kan...heee

Islamic Apple Neklace ni pun murah sangat harganya. Harga asal RM49, tapi masa beli dulu ada diskaun dari Islamic Parenting Network.
Tu yang borong sampai dua. Satu lagi saya beli sebagai cenderahati untuk Khalish semasa sambutan harijadi dia yang ke-2 tahun.

Secara terperinci mengenai IAN boleh dibaca di

Website : www.islamicparentingnetwork.net


Tetapi secara ringkasnya ia mempunyai lima butang seperti berikut:-

Butang 1 : 26 Doa Harian (Doa Tidur, Doa Makan, Doa Mandi, Doa Memakai Baju, Doa Keluar Rumah, Doa Menaiki Kenderaan dan lain-lain doa harian terpilih) 
Butang 2 : 16 Surah Lazim (Al-Fatihah, An-Naas, Al-Falaq, Al-Kafirun, Al-Qariah, Al-Kauthar, Al-Ashr dan lain-lain surah terpilih) 
Butang 3 : Azan, Bacaan Dalam Solat (dari takbir hingga ucapan salam) 
Butang 4 : Nyanyian Nasyid dalam Bahasa Arab (Thanks The Parents, Love Allah and The Messenger, Ramadhan Is Coming dan lain-lain lagu nasyid pilihan) 
Butang 5 : Lampu Projektor yang bertukar warna sesuai dijadikan lampu tidur kanak-kanak sambil mendengar alunan ayat-ayat Al-Quran.

Butang 4 dan 5 adalah favourite Naufal.

Butang 4 - lagu nasyid A,B,C...dalam rentak yang lebih catchie..ala-ala lagu padang pasir :)
dan
Butang 5 - lampu-lampu warna-warni berbentuk STAR dan MOON yang memang menjadi obsesinya!

Dan ibu Naufal pulak suka butang 1dan 2. Terutamanya time nak tidur, saya akan gunakan untuk bacaan doa sebelum tidur dan dalam volume yang agak perlahan saya akan on kan butang 2 bacaan surah-surah yang menemani tidur kami.

so, apa lagi ibu-ibu, belilah IAN untuk anak-anak tersayang.
Memang berbaloi-baloi!
:))

hissh..tajuk post macam nak introduce Naufal, tapi rasanya sekarang dah tukar jadi promosi IAN pulak.

hehe...

takpela kan, Naufal's favourite toy jugak kan.

lastly..

Salam. It's me Izz Naufal. Salam perkenalan!

18 Februari 2014

Izz Naufal 1 tahun 6 bulan!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Salam Sejahtera Ke Atas Kamu.

Syukur Alhamdulillah..hari ini, 18 Februari 2014 anakanda tersayang Izz Naufal bin Mohd Shaiful dah genap berumur 18 bulan (1 tahun 6 bulan).

Ya-Allah..cepatnya masa berlalu.

:)

Sekejap lagi, saya akan balik ke rumah dan jam dua petang nak bawa Naufal ke Klinik Kesihatan Ijok untuk pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan suntikan vaksinasi.

Sepatutnya tarikh temujanji esok, tapi esok banyak sangat perkara bakal dilalui di ofis..cheh!

Betull..esok dengan kelasnya 4 jam..tambah lagi terlibat sebagai urusetia Mesyuarat Pengeditan Soalan PPS. Memang tak dapat la nak time off pi klinik.

Syukur Alhamdulillah..sehingga umur 18 bulan ni, takdela saya dan Incik Hubby menghadapi kesukaran yang melampau dalam menjaga dan menguruskan Naufal...hehe

Pernah menggelabah tahap "gaban" pun masa dia demam panas sehingga 40 darjah Celcius. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kebimbangan kami...kejap-kejap sukat suhu..hehe. Rasanya demam hari tu pon sebab nak tumbuh gigi agaknya...

Sehingga hari ni..

1. Naufal dah ada berapa batang gigi ek?..opss tak sure..nanti updates
2. Rambut dah semakin banyak tumbuh..dan yang comelnya Naufal berambut ikal..hmmm..rasanya kerinting kot lebih tepat..ikut sapa tuuu?.....:p

3. hmmm...secara fizikalnya syukur sangat Naufal membesar dengan sihat, kuat, cerdas, cergas dan comelll...nanti updates gambar.

Dan...

Naufal masih lagi menyusu badan (nenen) hehe..tapi dah campur dengan susu formula la (saya beri susu Dutch Lady 123..). Kalau di rumah dengan ibu, langsung tak nak susu botol..so asyik menempek dan mengempeng dengan ibu la..waktu malam memang Naufal tak dapat dipisahkan dengan ibu :)

Cuma..

sekarang ni saya dan Incik Hubby akan 'berperang' dengan Naufal time nak tido malam. Susahnya nak minta dia tido sekarang. Kitaorang dah pening-pening ngantuk..tapi Naufal segar bugar dok bermain-main lagi. Tapi syukur dalam post yang diemel oleh Baby Centre Malaysia tadi dengan tajuk 'My baby this week - Your 18 Month Old' saya dah diberikan tips yang berguna. Nanti nak kena baca lanjut..dan In shaa Allah boleh share dalam post akan datang.

Dan akhirnya pencapaian yang sangat membanggakan adalah Naufal dah berjaya mengenal dan menghafaz 14 huruf Hijaiyah (berbaris atas). Target saya sebenarnya 15 huruf, tapi Naufal masih tak dapat nak menyebut "La". Entah macam mana dok tertukar dengan "Da".

In shaa Allah..saya yakin dia boleh dalam sedikit masa lagi. Dan semalam saya dah pon perkenalkan lagi 5 huruf yang baru..

Alhamdulillah atas hidayah yang Allah kurniakan pada kami untuk yakin dengan kaedah memperkenalkan huruf Al-Quran terlebih dahulu.

Terima kasih buat sahabat Nurasyikin Zakaria kerana memperkenalkan saya kepada Puan Lina Karim, ibu kepada Darwish dan Darwishya, yang juga merupakan pengasas kepada Islamic Parenting Network (IPN). Terima kasih Puan Lina atas kesudian berkongsi mengenai input di blog dan juga melalui emel serta kursus-kursus yang dianjurkan yang bertujuan untuk memberikan kesedaran bahawa Al-Quran boleh mula diajarkan kepada anak-anak sebaik sahaja mereka dilahirkan. Dan dengan misi 'We believe all children are born genius....' saya yakin Puan Lina telah banyak memberi inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana termasuk saya..Ibu Naufal!

Moga kita semua terus diberikan kekuatan dan kesabaran untuk mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dengan menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan hiudp kita ..Amin. 

Nanti saya kongsikan lagi pengalaman berkaitan mengajar anak mengenal Huruf Hijaiyah ini.

Bijak Al-Quran, Bijak Semuanya.

stop di sini dulu..fokus mimi..perlu ambil Naufal untuk ke klinik..ahakkss.

17 Februari 2014

Rumahku Syurgaku...




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
   
Salam Sejahtera Ke Atas Kamu.

Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kepadaMu Ya-Allah atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku.

Beberapa hari lepas, saya telah mendapat sedikit input mengenai nikmat syurga, yang disampaikan oleh seorang motivator. Input tersebut sebenarnya hanya sebagai intro sebelum beliau menghuraikan berkenaan urusan hutang piutang yang saya kongsikan sebelum ini dalam Petikan Motivasi Pagi 2, tetapi cukup memberikan kesan buat saya.

Saya ringkaskan apa yang telah disampaikan.

Terdapat dua jenis nikmat syurga yang Allah kurniakan buat hambaNya yang bertakwa, iaitu :
1. Nikmat syurga yang diawalkan iaitu di dunia lagi kita mendapat nikmat tersebut
2. Nikmat syurga yang abadi di kehidupan akhirat nanti
Kebahagiaan hidup sebagai suami isteri, kerukunan rumah tangga dan kehadiran anak-anak sebagai penyeri merupakan antara nikmat-nikmat syurga yang diawalkan.

Alhamdulillah.

Aku mengecapi semua nikmat itu Ya-Allah.

Jom! Bersama-sama kita para isteri dan ibu, sentiasa berdoa dan terus berusaha dalam terus memastikan kita menikmati nikmat SYURGA yang DIAWALKAN ini. Amin.


Saya petik doa ini daripada www.resepirahsiaku.com
 

Dan..
Saya kongsikan juga gambar ini...

Incik Hubby tersayang mewassapkan gambar ini yang diletakkan di  meja pejabat.
Saya tersenyum lagi...

"Baiti Jannati"

Alhamdulillah..Alhamdulillah...

27 Januari 2014

Bento untuk Naufal #1

Assalamualaikum semua..

hehe..macam ramai jer yang baca blog ni...senyum tersipu-sipu

Sebelum nak cerita pasal Bento untuk Naufal hari ni, nak meluahkan sikit perasaan..aduiii boleh tak tadi terdelete dengan sengaja nyer beberapa post sebelum ni! (macam mana tu..terdelete, tapi dengan sengaja ??? hehe). Ya Allah..dah la berapa je pun post yang dibuat last year..tup-tup pi delete la plak. Kononnya nak la kemas-kemas sket..touch up 2x sket..bubuh make up ke apa kat blog yang dah lama tak tengok ni, tapi lain plak jadinya! tu la tak baik dok berblog time keje ni cik mimi ooi..(terdetik kat hati). Hmm..terus stop jap..dan ni ambil balik mood nak jot down something..(lancar pon tulis ni..time rehatkan sekarang).. :)

Sebenarnya sehingga ke hari ni (Izz Naufal dah masuk 1 tahun 5 bulan), Alhamdulillah saya masih konsisten buat bento (bekal) untuk dia. Imbas balik bulan Februari 2012, masa Naufal genap umur 6 bulan bersungguh saya dan Inchik Hubby buat segala persiapan untuk saat-saat Naufal's First Solid Food. Tapi kali ni saya tak nak share pasal solid food tuh..tapi just nak cite sikit pasal bento untuk Naufal sejak dua tiga bulan kebelakangan ni.

Lupa pulakk actual date masa mula-mula sangat-sangat terinspirasi dengan satu blog ni yang cite pasal bento untuk anak dia je. Kebetulan plak kami keje sama tempat. Fuuuh..rajin betul la minah ni..:) Bento dia tersangat la cantik + menarik + colourful..sampai rasa macam sayang nye nak makan. Kalau nak tengok sendiri jenguk-jenguk la blog Wawa Yusoff..taip je berbento keluar la post dia..tak pon, nah address blog dia, berbento.blogspot.com atau lebahmerahjambu.blogspot.com..

Tapi Bento untuk Naufal tak la cantik pon...hmm..setakat ni saya hanya ambil sket-sket je idea dari Wawa Yusoff..dan baru-baru ni dari Majalah RASA keluaran  Disember 2013. Saya lebih pada cedok idea untuk resepi dan kepelbagaian rasa bento Naufal.

Terpulang pada pendapat masing-masing la kan..tapi saya tak konfiden lagi nak hias macam-macam kat bento Naufal. Pada tahap umur dia sekarang tak dapat lagi nak pilih mana yang boleh dimakan atau tak. Takutttnya..kalau dia pi telan jugak dengan hiasan-hiasan tu :p

Nanny kan ada? huuhh..Nanny..tidakk. Tak sempat kot Nanny nak betul-betul duduk bersimpuh ke bersila mengadap Naufal makan..hehe. Mana tak nyer selain Naufal ada ramai lagi kengkawan dia..ada Khaira, Iman, Lisa...........................dan Zara. Haah..baru korang tau berapa ramai baby Nanny jagakan?!

Ok dah Cik mimi ooi. Mana nyer Bento Naufal??

Tadaa..dua ekor bird untuk anak ibu..:)


Foto jarak dekat..comel tak ?..grr
hmm...tu la dia bento yang ibu sediakan khas untuk Naufal.
Bihun goreng putih dihiasi dua ekor burung...
Resepi dan idea nak hias tu dapat dalam Majalah RASA.tapi of course la dalam majalah tu beribu kali ganda kot lebih cantekk..:p
 
Untuk buat macam ala ala anak burung dalam sarang tu, saya guna bahan-bahan yang memang dalam resepi tu la..
  1. Telur burung puyuh
  2. Jintan hitam (Habbatussauda)
  3. Karot untuk buat paruh burung tu..
Masa dok belek-belek Majalah RASA tu, mata ni cepat je melekat dengan stail hiasan burung ni. Naufal pon memang sangat suka bird..dan perkataan bird antara perkataan awal yang dia dapat sebut selain words nenen, ayah..nanny..etc (tapi ibu jugak la belom dapat sebut sampai hari ni)..waaa!

Resepi bihun tu pon sedap jugak..hmm..kalau tak takdela Naufal habis makan. Tapi, telur burung puyuh tak nak pulak dia.."habis diluahkan Naufal" tu yang Nanny mengadu dengan aku la.
 
hmm..ok la panjang pulak post ni..mungkin lepas gian lama tak post. Tapi tak nak la plak lepas ni tak post-post langsung..tup-tup setahun lagi jumpa balik..haha

Insya Allah tunggu la Bento untuk Naufal yang seterusnya. Sebetulnya, bento dalam gambar tu dah lama, awal Januari hari tu..dalam masa dua tiga minggu ni, Naufal lebih suka pasta, macam makaroni goreng (resepi turun temurun..cheh!) dan spageti bolognaise (lagi resepi dari Majalah RASA).

Nanti la ye saya share-share...

ok..salam.