![]() |
| Assalamualaikum! Sayalah Izz Naufal. Nama manja Naufal :p Nama glamor pulak Izz...:)) |
Ini saya kongsikan gambar selfie Izz Naufal.
Pandainyee Naufal ambil gamba selfie...
Mana tak nya..ni semua keje Tok Dad Naufal la..hehe.
Cuba perhatikan rambut Naufal..comel kan?
Ala..tapi gigi tak nampak pulak.
Apa tali biru kat leher Naufal tu ?
Tu la mainan kegemaran Naufal sekarang...
Islamic Apple Necklace.
![]() |
| Ni gambar penuh Apple Necklace tu... |
Diberi nama Islamic Apple Necklace disebabkan ia merupakan suatu alat permainan berkonsepkan Islam, mengandungi asas Al-Quran khususnya doa-doa harian, surah-surah pendek dan bacaan dalam solat.
Bentuknya pun cantik! Berbentuk menyerupai buah epal dalam warna oren/kuning/hijau yang sangat menarik.
Apple Necklace ni juga ringan, tu yang Naufal suka gantung kat leher. Bawa ke sana ke mari..hehe :)
Tali biru tu memang disertakan sekali.
Sebenarnya mainan ni untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, tetapi saya belikan awal untuk Naufal dengan niat untuk memupuk minat Naufal dari kecil, mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian. Tapi, kita sebagai ibu bertanggungjawab la ye untuk mengawasi anak-anak semasa bermain..untuk apa-apa mainan pun, bukan IAN ni je la kan...heee
Islamic Apple Neklace ni pun murah sangat harganya. Harga asal RM49, tapi masa beli dulu ada diskaun dari Islamic Parenting Network.
Tu yang borong sampai dua. Satu lagi saya beli sebagai cenderahati untuk Khalish semasa sambutan harijadi dia yang ke-2 tahun.
Secara terperinci mengenai IAN boleh dibaca di
Website : www.islamicparentingnetwork.
Tetapi secara ringkasnya ia mempunyai lima butang seperti berikut:-
Butang 2 : 16 Surah Lazim (Al-Fatihah, An-Naas, Al-Falaq, Al-Kafirun, Al-Qariah, Al-Kauthar, Al-Ashr dan lain-lain surah terpilih)
Butang 3 : Azan, Bacaan Dalam Solat (dari takbir hingga ucapan salam)
Butang 4 : Nyanyian Nasyid dalam Bahasa Arab (Thanks The Parents, Love Allah and The Messenger, Ramadhan Is Coming dan lain-lain lagu nasyid pilihan)
Butang 5 : Lampu Projektor yang bertukar warna sesuai dijadikan lampu tidur kanak-kanak sambil mendengar alunan ayat-ayat Al-Quran.
Butang 4 dan 5 adalah favourite Naufal.
Butang 4 - lagu nasyid A,B,C...dalam rentak yang lebih catchie..ala-ala lagu padang pasir :)
dan
Butang 5 - lampu-lampu warna-warni berbentuk STAR dan MOON yang memang menjadi obsesinya!
Dan ibu Naufal pulak suka butang 1dan 2. Terutamanya time nak tidur, saya akan gunakan untuk bacaan doa sebelum tidur dan dalam volume yang agak perlahan saya akan on kan butang 2 bacaan surah-surah yang menemani tidur kami.
so, apa lagi ibu-ibu, belilah IAN untuk anak-anak tersayang.
Memang berbaloi-baloi!
:))
hissh..tajuk post macam nak introduce Naufal, tapi rasanya sekarang dah tukar jadi promosi IAN pulak.
hehe...
takpela kan, Naufal's favourite toy jugak kan.
lastly..
Salam. It's me Izz Naufal. Salam perkenalan!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan